Click photo to go directly to my Facebook.

Sunday 21 October 2012

Kisah Benar - Kisah Keluarga Lisa Part 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

AS ada seorang kawan, AS kenal dia awal tahun ni. Dia main Habbo, sama juga macam AS. Nama dia Lisa( bukan nama sebenar bagi memelihara nama baik beliau ). Lisa ni, kalau tengok memang periang, baik hati walaupun kadang kala suka memerli orang, tapi dia tak pernah sakitkan hati orang.

Rupanya baru AS tau, Lisa punya parents dah lama bercerai. Sebab bercerai? Tu AS taktau, malas nak tanya, takut sakitkan hati Lisa je. Kalau AS cakap pasal sebab mereka bercerai, takut jadi fitnah pulak sebab AS memang tak tau cerita sebenar, tentang siapa salah atau betul.

Keluarga Lisa boleh kata macam rosaklah, sebab apa, ibu Lisa ni kaki-clubbing, tapi tak selalu. Namun, sejak berkahwin untuk kali keduanya, ibu Lisa telah terpengaruh oleh suami barunya. Suami barunya tu kaki-clubbing, so bila dan tinggal sebumbung maka ibu Lisa telah kembali kepada tabiat lamanya, iaitu berparti setiap malam lepas kerja.

Hari ini, malam ini, ibu Lisa belum balik ke rumah. Bila AS tanya Lisa, dia kata taktau, dia risau sangat. AS ingat ada benda tak elok, rupanya pergi ke kelab malam bersama suaminya, bapa tiri Lisa. Lisa bagitau dekat kakaknya, Lina ( bukan nama sebenar ) tentang peristiwa tersebut, dan apabila Lina menghubungi ibunya, ibunya berkata dia pergi berkaraoke dengan kawan-kawan sepejabat termasuk bapa tirinya. Tapi, yang peliknya, membuat hati Lina curiga kerana bunyi di dalam telefon bimbit tu tak macam dekat tempat karaoke, tapi bising, lagu hit rentak pop. Mana mungkin orang dah berusia nak nyanyi lagu pop disko dekat tempat karaoke betul tak? Lina kemudian bertanya kepada ibunya, dan ibunya menjawab " aku dekat karaoke dangdut lah jangan kacau, nanti aku balik la. Jangan risau, abah kau ada jugak, pasal makanan adik-adik kat rumah takpe, ada telur siang tadi boleh makan lagi. Dah bye." Terkedu hati Lina.

- bersambung.. -

No comments:

Post a Comment