Click photo to go directly to my Facebook.

Sunday 21 October 2012

Legoland Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera AS ucapkan !

Topik kali ni AS nak cerita pasal taman tema baru kat Malaysia, iaitu Legoland! Terletak di Nusajaya, Johor Bahru. Taman tema ini di buka secara rasminya pada 15 September 2012. Taman tema Legoland ni mempunyai lebih 40 jenis permainan untuk para pengunjung berhibur!

Taman tema Legoland Malaysia ini juga ialah taman tema Legoland pertama di Asia! Hebat kan? Mestila bangga sebab daripada banyak-banyak negara yang mengambil bahagian dalam merebut tender Legoland, akhirnya Malaysia juga yang dipilihnya. Syabas diucapkan!

                                                         Pintu Masuk Utama Legoland Malaysia

Legoland Malaysia mempunyai lebih 40 daya tarikan dan permainan, antaranya ialah roller coaster Project X, Feast Dragon ( paling extreme ) dan lagi satu ape ye entah lah AS lupa pulak, tapi yang lagi satu tu dia sama macam Feast Dragon cuma perbezaannya kecik sikit dan kurang extreme.

Selebihnya, selain roller coaster, terdapat juga permainan interaktif seperti Boating School, Driving School, 4D Cinema dan bermacam macam lagi!

Jikalau anda jenis sukakan cabaran lasak, setakat ni hanya roller coaster jela yang menjadi cabaran. Permainan lain biasa-biasa jer, jenis normal khas untuk budak-budak kecik. Main air dll.

Kalau korang nak pergi Legoland, memang di syorkan oleh AS dan management Legoland untuk menempah tiket secara online(dalam talian) kerana akan menjimatkan lagi masa dan juga tenaga. Ye laa, haritu AS pergi nasib dah book tiket online, kalau tak terpaksa beratur panjang untuk beli tiket! Daripada 10 kaunter macam tulah semua penuh panjang nun beratur, memang bernasib baiklah dah beli awal, cuma perlu di sahkan je.

Dekat Legoland tu, di jangka tahun depan atau 2014, Lego Waterpark akan dibuka dan tak lupa juga Lego Hotel! Hotel berkonsepkan Lego, sepenuhnya. Dan juga mungkin hotel itu ada juga membuat bilik biasa, bukan berkonsepkan Lego untuk pengunjung yang tidak mampu. Kalau tiket dah mahal, hotel kat dalam mesti lagi mahal bayarannya betul tak? Fuh memang buat untung betul diorang ni!

Harga tiket masuk Legoland:

Tiket sekali masuk valid 24 jam:
- RM140 dewasa ( aik? time AS pergi tiket RM120 aje.. entah la? )
- RM110 kanak kanak bawah 11 tahun.

Tiket tahunan valid 12 bulan:
- RM275 dewasa
- RM210 kanak kanak bawah 11 tahun.

So, kiranya kalau orang Johor better beli tahunan lah, mahal sikit tapi boleh pergi banyak kali. Yela dah dekat mesti selalu pergi, jadi nak jimat beli tahunan terus. Lainla orang KL macam AS. Huhu..

No comments:

Post a Comment